Search This Blog

30 June 2014

"Target Biar Tinggi!"



"Target biar tinggi. Dapat tak dapat tu belakang cerita." Ujarnya. Dia langsung tak memandang ke arahku. Tangannya masih sibuk bermain-main dengan cawan yang separuh penuh dengan kopi o panas. "Bila dah nampak target, baru ada niat nak berusaha." Tambahnya lagi.

"Macam dalam Ramadhan ni?" Tanyaku pendek. 

"Ya macam dalam bulan posa ni." Jawabnya. 

"Kalau dah target kita banyak tu ja nak buat ibadah. Belum tentu lagi kita akan buat banyak tu. Cuba kalau kita lebihkan sikit target, InsyaAllah, kita akan dapat lebih. Kalau capai target..", 

"Itu bonus!" Cepat-cepat aku mencelah. Dia mengangguk.

"Tak salah untuk mempunyai target yang tinggi. Asalkan ada usaha ke arahnya." Katanya sebelum menghirup lagi sedikit air kopi o panas itu.

No comments: