Search This Blog

25 March 2013

Cinta (iv)

Bila bercakap perihal cinta dan berpasangan, untuk aku, aku dah boleh muntah darah. Macam-macam jenis aku tempuh (lah sangat). Sampai nak beri nasihat kalau orang minta pun, aku selalunya akan recycle ja mana yang aku rasa valid. Sebab kebanyakan ceritanya sama sahaja. Manusia memang berbeza tapi lebih banyak melakukan perkara yang lebih kurang sama sebab terpengaruh dengan filem-filem, drama-drama dan buku-buku yang dibaca.

Reaksi masalah, tindak balas aktif mahupun pasif yang lebih kurang. Pembelajaran secara tidak langsung dari apa yang dilihat atau dibaca. Kadangkala aku rasa manusia ni tahu apa yang patut dibuat - membaiki atau terus memburukkan keadaan, hasil daripada apa yang mereka tahu. Cumanya, mereka buntu kerana akal pendek. Bila kepala dicelupkan dengan masalah-masalah, mereka lantas memendekkan akal, lalu memilih untuk mengambil jalan pintas. Tanpa memikirkan konsekuensi.

Aku bercakap kerana aku tahu dan aku alaminya. Aku lakukan 1001 kesilapan dalam hidup. Dan aku sangat berharap tak mengulangi setiap satu kesalahan itu lagi. Sebab aku percaya, kesalahan itu ada, untuk kita selalu belajar. Kan? Tapi kalau aku buat lagi, maknanya aku tak reti nak belajar, atau aku ni jenis tak mahu belajar benda tu. Atau, aku memang tak mahu buat benda tu secara betul.

Sebab menjadi baik itu bukan hak semua manusia. Kita ceduk sikit-sikit saja simpan dalam poket. Yang lain kita boleh derma ke orang lain.

Perihal cinta. Mungkin perlu ebih berhati-hati. Kerana aku hanya berharap yang terakhir sampai aku mati. Bukan sikit-sikit kemudian pergi. Waktu bermain-main bukan hari ini.